Saturday 25 February 2012

Masih adakah tempat ku di sisiMu?? 😔

pernah tak korang rasa apa yang aku rasa ni?
rasa terlalu jauh dengan Sang Pencipta
terlalu pentingkan dunia
sampai lupa kat akhirat, alam yang kekal abadi?

sejak kebelakangan ni
aku asyik terpikir pasal ni
yes! aku admit aku da agak jauh dengan Allah
terlalu jauh sampai aku rasa hidup ni terumbang-ambing
hidup tanpa matlamat yang betul
tanpa hala tuju yang betul
and TANPA ALLAH DI HATI..


Astaghfirullah Astaghfirullah Astaghfirullah
Kembalikan aku ke jalan Mu yang lurus Ya Rabb
Terimalah rintihan taubat ku 
Yang aku sendiri tidak tahu dan tidak pasti akan istiqamahnya
Kuatkanlah diriku, pendirianku, dan imanku serta akidahku
Ingatkanlah aku sekiranya aku jauh dariMu
-dari seorang hamba yang berdosa tetapi ingin bertaubat, kembali ke jalan diredhaiNya..
 Permudahkanlah ya Allah. Sesungguhnya aku insan yang lemah dan penuh kelemahan. 
Aku memohon sedikit kekuatan dari Mu ya Allah
Perkenankanlah.
Amin
Amin ya rabbal 'alamin





No comments:

Post a Comment